Friday, December 5, 2008

True Story

kalau hidup ini umpama sebuah filem
pasti tuhan directornya,

kalau manusia semua pekak dan bisu
or dlm englishnye,deaf and mute..
pasti takkan kecoh satu kampung bila ayam bertelur


kalau kita ini semua perfect
we will not judge on others right?

tuhan itu MAHA KAYA
maha penyayang dan maha mengasihani
tapi manusia sekarang hanya
sibuk dengan MAHA KARYA CINTA..haha
tapi tak apa
its never too late untuk berserah..hehe

some people say the world is not fair enough for them
i think ah,,they not fair enough for this world
you know why?
bumi tak complain pun kalo dorang buat pembakaran terbuka
kalau manusia,anak pulang lewat sedikit pun
melentingnya sampai ke mata
cukup adil ke semua itu ?
nevermind,masing-masing punya perasaan

happiness,kegembiraan??
i dont know about you guys
but for me the taste of happiness is like having a perfect dinner with
my friends,having a nice stupid conversation..haha
on that moment,i could see smile, a lot of it,there's no tears that night
its just about us..di satu sudut,terlihat satu mamat berlagak handsome dgn pakaian brokeback mountainnya

sedang act like a blind man..haha..gadis-gadis sibuk dengan handbag dan lipsitcknya tatkala seseorang sedang

siduk dgn DSLRnya menangkap pose2 maut dari rakan2 nye..haha..mamat tngh flirt gan satu awek yg tanpa

disedarinya rakan sekelasnya slama ini..even ulat buku pun bertukar wataknya hari itu..seorang remaja yang

tak pernah keluar bersama rakannya terasa puas sehingga ibu tngh marah di rumah pun tak disedarinya..amoi-

amoi mengadu kekenyangan sambil macha-macha sibuk bersembang..sesorang nampak busy memikirkan duit dgn

assistantnya smbil rakan-rakannya menganggu dengan dialog 'bro,ade shaver ??'..this is my story about

happiness..

people put expectation on someone because of reasons that i sendiri pun tak paham
putting expectation on someone is like watching lee chong wei defeated in the China open
its same like us..in our life..theres always be an option for us to make a difference
if we given a teka teki..choose a solid number between 1 and 1000 except 2 until 999??... we still boleh

jawab 1 and 1000 right?
even if someone put higher expectation on us theres must be a choice..
like yoda said in THE EMPIRE STRIKES BACK,do or do not,there is no try !!

sesetengah orang asyik attack on someone's keburukan and praise their kebaikan
they never talk about their own keburukan..
they all busy jaga tepi kain orang sampai kain sendiri terlondeh pun tak nampak

hidup ini kena berpada-pada dan berjaga-jaga
kita semua tak sempurna,jadi artis pun sama
takut-takut nanti reporter melodi datang terjah
hanya kerana buat album lauching tak ajak mereka

kat dewan rakyat sibuk berdekat tentang siapa bakal PM seterusnya
dah tua-tua pun nak bergaduh
itu kah contoh negara
lain pula cerita di kampung moden kat kuala lumpur
jiran sebelah ada sony lcd
dia pun nak juga
jiran sebelah ada kereta baru
dia suruh suaminya beli lori pula..haha
suami pun cakap you can have what ever you like,,yeah..haha
masing-masing mahu menang
menang dengan otak tak mesti dgn pedang
kalau jiran sebelah ada KANSER,dia nak juga?..
pelik manusia,dah terlebih tamadun agaknya
nak buat macam mana,dah dunia ini macam-macam ada..

money,money,money
must be funny..itu ABBA punya lagu
kata orang cari duit sikit-sikit,lama-lama jadi bukit..
tapi kalau pakai duit sikit-sikit,lama-lama terus flat juga..
kalau duit tumbuh macam pokok bagus juga
semua orang tak payah kerja
jadi tukang kebun semuanya
hijau semula dunia..

SPM?,orang kata penentu segalanya
between life and death you know..
memang betul la tapi kita yang kena
dorng tak rasa apa-apa
sebelum exam,study bagai nak gila
semasa exam,focus hampir gila
selepas exam ,merdeka terus jadi gila

time cuti happy sentiasa
tak sedar waktu pun habis macam itu je
mak marah suro pergi kerja pun buat bodoh je
pergi tengok wayang tak kira masa,(buat marathon lagi)
duit habis belanja then you suffer
lepas spm,bnyk org kata kita free sepanjang masa
kalaulah free itu boleh berkata-kata
agaknya dia pun dah muak dengan kita

freedom is like what abraham lincoln cakap "In giving freedom to the slave, we assure freedom to the free".
but nowadays freedom is like having playstation 3 and play it all day long..haha
but boredom is macam tengok cerita hindustan sorang2 kat cinema lepas itu bile tengok kanan and kiri
tak ada orang pun nak cakap dengan kita,ketawa,bergurau together and even x ada a shoulder to cry on
its kindda sad right??

New York they all ckp kota yang tak pernah mati
bila masa pula kota New York bernyawa?
Kuala Lumpur pun sama,dulu banyak lumpur
tapi sekarang tak ade la,sekarang jalan dah ade tar
banyak lampu lagi tu,terang gyler kat dataran merdeka
tahun 80an org pergi KL tengok tugu negara,muzium, dan zoo negara
itu cerita dulu,..dulu-dulu dah lepas
sekarang lagi hebat,kita ade KLCC,Pavilion,LOt 10 ...jalan masjid india pun jadi la
semua penuh dengan manusia,orang kampung pun ade
tapi tak ape..dah kerajaan suruh cuti-cuti malaysia
malam-malam kat sini lg havoc
pemuda-pemudi pergi berbakti untuk negara
lepak kat zouk, euphoria, smpai subuh esok pagi
nasib baik diaorang tak lepak kat lake club..(club untuk datuk-datin exercise)..haha
they have fun like theres no tomorrow
diaorang muda lagi,biarkan je
bak kata t.i and rihanna just livin' my live
esok kerja,jangan lupa

KL pun famous dengan okestranye
tapi itu cerita waktu tengah malam je
mat rempit sibuk buat adjustment kat motor yamaha RXZ kesayangan mereka
berlumba siapa dapat buat pencemaran bunyi paling power
kalau tergolek,padan muka..

tengah malam pun dorang main bolasepak
itulah semangat rakyat malaysia
tapi jangan la bising sangat
jiran tidur pun boleh terjaga

hidup ini memang macam sebuah filem
bukan cerita dongeng macam enchanted
lagi2 confirm tuhan directornya
nasib baik tak boleh copy and paste
kalau tidak,,
sampai esok pun story ini tak habis-habis....hahaha
so i pun tak tahu nak kata apa
penat bikin ini cerita sampai pak guard pun dah membuta
and i rase this is the end of a true story about Life...

No comments: